Sunday, February 28, 2016

DATA KOMUNIKASI




Minggu ini saya digemparkan menghasilkan peta minda menggunakan aplikasi https://www.mindomo.com . Pada awalnya saya agak kekok, tetapi setelah diberi tunjuk ajar oleh Dr. Dayana saya dapat menghasilkan sebuah peta minda yang mungkin saya sahaja yang memahaminya hahaha. Saya jenis seorang yang agak kurang rajin untuk merujuk semula nota yang asal. Jadi, peta minda saya agak details (dah serupa karangan i nengoknye em). Maka setelah berhempas-pulas melawan dugaan dan rintangan, inilah hasil peta minda saya hahahaha :P


*yang mana rabun tu mohon zoom ye  https://www.mindomo.com/mindmap/a928f155450242578f5f3534b74cc312

Monday, February 22, 2016

PENGENALAN KEPADA TELEKOMUNIKASI

Assalamualaikum

Pada minggu ini saya didedahkan mengenai telekomunikasi. Telekomunikasi merupakan sub perkataan daripada komunikasi. Komunikasi adalah satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain. Telekomunikasi pula bermaksud teknik penyampaian maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat 6 perkara asas dalam proses komunikasi:




1. Sender/Penyampai (Enkod)
  • Proses membentuk dan menterjemahkan maklumat.
2. Message/Mesej
  • Kandungan maklumat yang akan disampaikan
3. Channel/Saluran
  • Merupakan alat perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat daripada penghantar kepada penerima.
  • Sebagai contoh, alat perantaraan yang digunakan seperti televisyen,radio, telefon pintar dan sebagainya.
4. Receiver/Penerima (Dekod)
  • Proses menukarkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami oleh penerima
  • Maklumat yang diterima akan didekod oleh penerima untuk memahami maklumat yang disampaikan.
5. Noise/Gangguan
  • Perkara-perkara yang mengganggu semasa proses komunikasi berlaku.
  • Sebagai contoh, bunyi bising pelajar di luar kelas mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar.
6. Feedback/Maklum Balas
  • Proses dimana maklumat yang disampaikan oleh penghantar akan dipastikan sama atau difahami oleh penerima.
  • Hal ini untuk memastikan penerima mendapat maklumat yang disampaikan oleh penghantar dengan betul.
Selain itu, terdapat 6 elemen dalam komputer dan teknologi komunikasi:

1. People/Orang
  • Seseorang yang mempunyai pengalaman/pengetahuan tentang aplikasi komputer, sistem komputer, perkasaan komputer dan sebagainya.
  • Terdapat 2 kategori: 
  • a) Proffesional-Seseorang yang mempunyai latihan khusus dalam aspek teori dan praktikal.                                                 - Sebagai contoh: Programmer dan jurutera komputer
  • b) Pengguna   - Seseorang yang tahu menggunakan/mengenai                               komputer tanpa latihan khas.
                             - Sebagai contoh: Kerani, guru, akauntan dan                                        sebagainya.
2. Procedure/Prosedur
  • Pengarahan sesuatu tugas untuk melaksanakan beberapa tindakan
  • Terdapat beberapa spesifikasi dalam sesuatu proses seperti turutan, masa, pelaksaan dan sebagainya. 
3. Data/Informasi
  • "raw data" akan digunakan untuk mendapatkan maklumat
  • Setiap data seperti perkataan, warna dan sebagainya komputer akan membaca melalui Binary Code.
4. Hardware/Perkakasan (peralatan/peranti)
  • Operasi asas dalam sistem komputer ialah: IPOS.
  • 5 kategori peralatan/peranti dalam ICT: 
  • a) :I (input)- keyboard, mouse, joystick, microphone, scanner 
  • b) P(processor)- CPU, motherboard                                        
  • c) O(output)- speaker,printer, monitor                                     
  • d) S(storage)- pendrive, hard disk, DVD                                  
  • e)  Komunikasi- modern, network card, wireless access point
5. Software/Perisian
  • Merujuk kepada arahan yang mengawal fungsi komputer
  • Terdapat 2 jenis perisian:  
  • a) sistem perisian: Windows 7                                                  
  • b) Aplikasi perisian: Microsoft words, Microsoft Excel
6.Komunikasi
  • Penghantaran data (data elektronik)
  • Penukaran data analog ke digital, digital ke analog


Thursday, February 18, 2016

REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum


Apa yang saya mahu dari kelas ini ?


Seperti kita semua sedia maklum, teknologi bukan lagi suatu perkara yang asing dalam dunia pendidikan.Saya ingin mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan dunia teknologi kerana kelas ini akan membantu dalam pengajaran saya kelak.


Apa yang saya perlu dari kelas ini ?


Nota-nota telah disediakan di e-elearning memudahkan lagi pembelajaran tentang subjek ini. Saya pasti Dr Dayana akan membimbing saya dalam menguasai subjek Rangkaian dan Telekomunikasi.


Kenapa kelas ini relevan dengan subjek saya ?


Teknologi/ICT ialah subjek minor yang perlu saya ambil dalam bidang pendidikan (sebagai guru) selain subjek major saya iaitu Sains Sukan. Oleh itu, sebagai bakal guru saya perlu menguasai subjek ini dengan baik.


Apa tanggapan pertama saya pada kelas pertama ?


Rangkaiam dan Telekomunikasi merupakan kesinambungan bagi subjek Sistem Komputer dan Multimedia (semester 1). Dr Dayana akan memberi maklumat dan pengetahuan yang lebih lanjut lagi berkaitan subjek ini.