Assalamualaikum
Pada minggu ini saya didedahkan mengenai telekomunikasi. Telekomunikasi merupakan sub perkataan daripada komunikasi. Komunikasi adalah satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain. Telekomunikasi pula bermaksud teknik penyampaian maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat 6 perkara asas dalam proses komunikasi:
1. Sender/Penyampai (Enkod)
- Proses membentuk dan menterjemahkan maklumat.
2. Message/Mesej
- Kandungan maklumat yang akan disampaikan
3. Channel/Saluran
- Merupakan alat perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat daripada penghantar kepada penerima.
- Sebagai contoh, alat perantaraan yang digunakan seperti televisyen,radio, telefon pintar dan sebagainya.
4. Receiver/Penerima (Dekod)
- Proses menukarkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami oleh penerima
- Maklumat yang diterima akan didekod oleh penerima untuk memahami maklumat yang disampaikan.
5. Noise/Gangguan
- Perkara-perkara yang mengganggu semasa proses komunikasi berlaku.
- Sebagai contoh, bunyi bising pelajar di luar kelas mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar.
6. Feedback/Maklum Balas
- Proses dimana maklumat yang disampaikan oleh penghantar akan dipastikan sama atau difahami oleh penerima.
- Hal ini untuk memastikan penerima mendapat maklumat yang disampaikan oleh penghantar dengan betul.
Selain itu, terdapat 6 elemen dalam komputer dan teknologi komunikasi:
1. People/Orang
- Seseorang yang mempunyai pengalaman/pengetahuan tentang aplikasi komputer, sistem komputer, perkasaan komputer dan sebagainya.
- Terdapat 2 kategori:
- a) Proffesional-Seseorang yang mempunyai latihan khusus dalam aspek teori dan praktikal. - Sebagai contoh: Programmer dan jurutera komputer
- b) Pengguna - Seseorang yang tahu menggunakan/mengenai komputer tanpa latihan khas.
- Sebagai contoh: Kerani, guru, akauntan dan sebagainya.
2. Procedure/Prosedur
- Pengarahan sesuatu tugas untuk melaksanakan beberapa tindakan
- Terdapat beberapa spesifikasi dalam sesuatu proses seperti turutan, masa, pelaksaan dan sebagainya.
3. Data/Informasi
- "raw data" akan digunakan untuk mendapatkan maklumat
- Setiap data seperti perkataan, warna dan sebagainya komputer akan membaca melalui Binary Code.
4. Hardware/Perkakasan (peralatan/peranti)
- Operasi asas dalam sistem komputer ialah: IPOS.
- 5 kategori peralatan/peranti dalam ICT:
- a) :I (input)- keyboard, mouse, joystick, microphone, scanner
- b) P(processor)- CPU, motherboard
- c) O(output)- speaker,printer, monitor
- d) S(storage)- pendrive, hard disk, DVD
- e) Komunikasi- modern, network card, wireless access point
5. Software/Perisian
- Merujuk kepada arahan yang mengawal fungsi komputer
- Terdapat 2 jenis perisian:
- a) sistem perisian: Windows 7
- b) Aplikasi perisian: Microsoft words, Microsoft Excel
6.Komunikasi
- Penghantaran data (data elektronik)
- Penukaran data analog ke digital, digital ke analog
No comments:
Post a Comment